WANITA....Untuk memahami asal kejadian wanita kita perlu bermula dengan merujuk Sabda Rasulullah SAW iaitu, “Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.” Riwayat Imam Bukhari.
Dengan fitrah kejadian wanita yang sangat unik ini, wanita sebagai ibu, adik, kakak atau sesiapa sahaja memiliki sekeping hati yang sangat rapuh. Mudah diterguris emosinya. Wanita sebagai pelengkap kepada lelaki. Tanpa insan bergelar isteri ini, sunyi sepilah dunia seorang lelaki sesepi Nabi Adam AS di dalam syurga... Walaupun penuh dengan kenikmatan yang lain namun hatinya tetap kesepian. Namun wanita mudah tergoda dengan bisikan-bisikan yang selalu menghanyutkannya. Wanita memerlukan bimbingan lelaki sebagai pemimpin dan memang menjadi dambaan setiap wanita agar suami yang soleh sebagai peneman hidupnya. Hati yang rapuh ini perlu dibimbing dengan kasih sayang sesuai dengan fitrah kejadiaannya, yang perlu sentiasa dikasihi dan dibelai dengan kata-kata yang mampu menguasai akalnya.
Namun, sebagai isteri, setiap wanita perlu menguasai ilmu kesihatan dan kecantikan agar mampu menjadi suri yang berkuasa menakluk sang suami. Sebagai pembimbing kepada puteri-puteri yang bakal membesar sebagai seorang wanita solehah, yang mampu menjaga perwatakan dan keperibadian sesuai dengan wanita solehah...Kesihatan diri sentiasa tidak menjadi prioriti bagi kebanyakan wanita, padahal kalau kita tak sihat dan kuat maka banyak urusan seharian akan tergendala. Seandainya anda seorang suri rumah mahupun seorang wanita yang bekerjaya, kesihatan diri perlulah sentiasa diberi keutamaan.
Apabila seseorang itu mengambil berat aspek kesihatan, maka aura kecantikan itu akan terserlah, walaupun tanpa mekap yang tebal-tebal. Menjaga kesihatan perlu diterapkan seawal usia anak kecil lagi. Mengamalkan kebersihan diri seperti mandi, sabun, syampu, kebersihan kuku, telinga, dan anggota badan yang lain perlu dierangkan dan dididik pada anak-anak kita. Sehinggalah umur anak gadis sunti perlu dijelaskan berkaitan haid dan kebersihan diri sewaktu datang haid. Kebersihan diri sebagai seorang isteri, sewaktu mengandung, melahirkan anak sepanjang tempoh usia anak itu membesar.
Jadi, peranan wanita amat hebat, bukan sahaja memastikan diri sendiri dalam keadaan bersih dan catik, tapi kebersihan dan kecantikan keseluruhan ahli keluarga terletak pada tangan seorang ibu, yakni seorang wanita yang amat besar tanggungjawabnya. Semoga kita bersama-sama berusaha mengamalkan tabiat penjagaan kesihatan yang terbaik.