Monday 28 March 2011

SELAMAT DATANG...

Pada detik dan tanggal inilah permulaan sebuah ruangan yang bertujuan memberi informasi dan berkongsi maklumat bersama ribuan wanita diluar sana. Hasil pembacaan, tips beserta bimbingan yang menjadi panduan diri sendiri akan cuba dikongsikan bersama semua golongan masyarakat. Blog ini khusus berkongsi maklumat dan permasalahan berkaitan wanita yang sangat rapat dengan diri setiap individu. Sama ada wanita itu ialah anda sendiri, adik, kakak, ibu, saudara , rakan mahupun jiran anda dan sesiapa sahaja yang dijadikan Allah SWT sebagai individu berkromosom XX.

Semoga usaha ini mampu menjadi ruang rujukan serta tapak perkongsian maklumat bagi sesiapa sahaja yang tercari-cari info berkaitan permasalahan wanita. Semoga dipermudahkan segala urusan....AMIN

No comments:

Post a Comment