Itu adalah antara ungkapan yang sering kita baca, dengar mahupun sebut. Tetapi adakah kita benar-benar memahami ungkapan ini? Marilah kita sama-sama merungkaikan ungkapan ini dengan memahami konsep pemakanan yang betul dan apa kaitannya dengan pembentukan tubuh badan kita.
Apakah tujuan kita makan?
Apabila diajukan soalan sebegitu, macam-macam jawapan yang keluar. Makan untuk hidup, untuk dapat tenaga, untuk buat kerja, untuk sihat dan pelbagai macam lagi alasan yang diberikan. Tujuan utama kita makan adalah untuk membekalkan sumber nutrien kepada berjuta-juta sel-sel badan kita bagi tujuan menghasilkan tenaga yang amat penting untuk menjalankan segala aktiviti sel badan kita. Pendek kata, kalau tak makan mana nak ada tenaga.
Apa yang patut kita makan?

Tubuh badan kita bukanlah sebuah mesin yang boleh mencernakan sebanyak mana makanan yang kita makan. Jika kita makan secara berlebihan, hati kita terpaksa bekerja berlipat kali ganda untuk membungkus dan menyingkirkan makanan yang berlebihan. Organ perkumuhan seperti buah pinggang akan terbeban terutamanya tambahan pula apabila kita makan makanan yang berlebihan garam, gula dan kolesterol.
Kesimpulannya, apa yang kita makan sangat mempengaruhi pembentukan tubuh badan kita. Seandainya kita mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dengan memperbanyakkan sayur dan buah-buahan serta air kosong, badan kita akan sentiasa kekal dalam keadaan yang sihat. Manakala jika kita mengamalkan pemakanan yang berlebihan garam, gula dan kolesterol, kita akan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung dan stroke. Bersamalah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak melupakan aktiviti senaman yang berterusan.
No comments:
Post a Comment